ALLAH BERFIRMAN DALAM AL-QURAN, MAFHUMNYA

"WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! BERSABARLAH KAMU (MENGHADAPI SEGALA KESUKARAN DALAM MENGERJAKAN PERKARA-PERKARA YANG BERKEBAJIKAN), DAN KUATKANLAH KESABARAN KAMU LEBIH DARIPADA KESABARAN MUSUH, (DI MEDAN PERJUANGAN), DAN BERSEDIALAH (DENGAN KEKUATAN PERTAHANAN) SERTA BERTAQWALAH KAMU KEPADA ALLAH SUPAYA, KAMU BERJAYA (MENCAPAI KEMENANGAN)." (SURAH ALI-'IMRAN : 200)

Tuesday, December 15, 2009

Mee Udang RADIX

Perjalanan pada kali ini berbaloi-baloi, selepas berkursus 2H/1M & tambahan cuti 1H untuk ronda Pulau Langkawi memberi satu kepuasan pada diri, isteri dan anak-anak.Terlanjur ke sana selepas pulang,sempat singgah sebentar ke restoran makanan segera "RFC" atau lebih dikenali sebagai Radix Fried Chicken yang memberi alternatif kepada orang Islam untuk menikmati ayam organik dari HPA yang HALAL LAGI BAIK.

Anak-anak tumpang gembira dapat menjamu di RFC Alor Setar

Radix Fried Chicken yang dibeli untuk Emak / Abah di kampung

Selepas sehari bermalam di kampung, lewat tengahari balik ke Kuala Lumpur,singgah sebentar ke Kuala Sepetang @ Port Weld yang terkenal dengan mee udangnya.


Mee Udang Port Weld resipi tahun 1956


Mee Udang Kuala Sepetang terkenal sejak sebelum merdeka lagi.Apabila pihak krew Majalah 3 bertandang ke sana ia makin dikenali ramai, tambahan bila berlaku pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang, Perak...maka berduyun-duyunlah orangramai turun ke sana.Rezeki pengusaha-pengusaha mee udang.

Salleh Stall Mee Udang Port Weld since1956


Gerainya kecil aje, biasa tetapi ramai yang menjamu di situ.Apa yang menarik orang ramai ke gerai ini adalah kerana mee udangnya yang pada perkiraan saya telah terkenal sejak gerai ini dibuka.Lihat aje gerai ini wujud sejak tahun 1956..wow lamanya.Jika promosi lebih sedikit dan penceriaan dilakukan, saya yakin dan percaya gerai ini mampu dibesarkan dan orang luar akan bertandang di sana.

Mee Udang RADIX (Spesial)...nak cuba?

No comments:

Post a Comment