Saturday, December 19, 2009
Bina Rangkaian HPA Secara Percuma
daftar segera di
http://hpa4online.com/? id=skamalidz
Thursday, December 17, 2009
Berdoalah Untuk Kejayaan Sahabat Perjuangan
(untuk saudaramu itu).”
PLAN PEMASARAN HPA - ADIL & SUKSES
2. Keadilan pada setiap peringkat
3. Telus dan berdaya saing
4. Bebas daripada gimik, perangkap dan penindasan
5. Sesuai dengan kehendak dan cabaran MLM masa kini
6. Mampu menjana pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan
MLM (S) HPA...Apa Kelebihannya?
Berdasarkan pengalaman saya selama hampir 13 tahun sebagai usahahawan MLM HPA, saya mendapati bahawa HPA merupakan sebauah syarikat yang benar-benar berusaha untuk memenuhi prinsip hukum syariah dalam perniagaan MLM. Banyak fakta yang dapat dikemukakan di sini untuk diteliti oleh semua pihak:
- Pengurusan
HPA mewujudkan sistem pengurusan yang berprinsipkan bahawa; ”pekerja yang bertaqwa, Majikannya adalah Allah s.w.t”. ini bermaksud bahawa setiap pekerja harus menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan amanah serta menganggap bahawa setiap tugas yang dilakukan adalah kerana Allah semata-mata. Pekerja yang rajin dan jujur serta mematuhi perintah Allah akan diutamakan untuk kenaikan pangkat dan insentif.
- Bahan mentah
HPA memastikan agar bahan mentah diperolehi daripada sumber yang bersih lagi halal. Herba-herba yang ditanam di ladang HPA bebas daripada bahan kimia. Penternakan ayam, lembu dan kambing dijalankan secara organik dengan tidak menggunakan suntikan hormon tumbesaran, dan makanan yang bersih dan tidak bercampur bahan antibiotik. Dalam industri pembuatan minuman, HPA menggunakan bahan pemanis herba.
- Produk
produk yang dihasillkan dipastikan mengikut kualiti dan standard yang ditetapkan oleh pihak berkuasa iaitu di bawah kawalan Kementerian Kesihatan Malaysia, memenuhi spesifikasi SIRIM dan mendapat sijil halal JAKIM.
Produk herba menggunakan tumbuh-tumbuhan herba yang terbukti selamat dan mujarab baik dari segi penjagaan kesihatan maupun untuk tujuan perawatan penyakit. HPA sentiasa mengadakan kursus pengetahuan produk secara berterusan bagi melahirkan usahawan herbalis yang berilmu.
Ahli –ahli didorong untuk menggunakan produk terlebih dahulu sebelum mengesyorkannya kepada pelanggannya.
- Harga produk
Harga setiap produk HPA terbukti murah dan berpatutan. HPA tidak mengamalkan dasar penindasan harga malah sebarang penetapan harga dibincangkan terlebih dahulu dengan ahli-ahlinya supaya dapat diterima oleh semua pihak. Malah harga produk HPA di pasaran lebih murah jika dibandingkan dengan sesetengah produk single level di pasaran.
Sebagai contoh seunit ubat gigi HPA Cuma berharga 5.00 berbanding ubat gigi colgate pada berat yang sama. Begitu juga sebotol minyak herba But-But Cuma berharga 10.00 sahaja manakala sebotol air mineral Cuma 1.20 sahaja, semua produk tersebut pula diberikan NM tertentu bagi setiap unit barangan.
- Pelan Pemasaran
sistem plan pemasaran HPA berteraskan prinsip Ihsan iaitu bebas dari penindasan, perangkap dan penipuan. Setiap insentif berserta syaratnya dibentangkan secara telus dan jelas. Pengiraan bonus bulanan dilakukan secara sistematik dan jelas. Setiap ahli menerima penyata bonus setiap bulan dan sekiranya berlaku sebarang keraguan mereka boleh memohon semakan semula dengan bahagian MIS.
Syarat maintain bulanan adalah rendah iaitu 100 NM sahaja dan tiada syarat jualan kumpulan dikenakan untuk melayakkan ahli menerima bonus jualan kumpulan seperti yang dikenakan oleh banyak syarikat MLM lain. Pembayaran bonus dibuat berdasarkan pencapaian jualan setiap individu dan kumpulannya tanpa sebarang syarat tambahan.
Dalam HPA adalah menjadi kebiasaan apabila bonus yang diperolehi oleh seseorang ahli melebihi daripada bonus up-linenya. Ini kerana sistem pemberian bonus dikira berdasarkan kadar usaha bukan semata-mata atas jualan kumpulan sahaja.
- Tanggungjawab "Leader" atau kepimpinan
bagi memastikan leader-leader HPA benar-benar menjalankan peranan dan tanggungjawabnya membantu jaringan masing-masing HPA mewujudkan barisan pemimpin yang digelar Pengarah Jati Setia (PJS). Mereka dipilih dari kalangan pemimpin yang benar-benar aktif, setia dan sanggup memberikan khidmat kepada semua ahli-ahli HPA yang memerlukan bantuan dan tunjuk ajar dalam perniagaan MLM. Malah mana-mana PJS yang didapati mengabaikan tanggungjawabnya boleh digugurkan dan hilang kelayakan menerima bonus dan insentif PJS.
- Top-up sistem
HPA tidak mengamalkan sama sekali apa yang dikatakan top-up sales seperti yang banyak dilakukan oleh syarikat MLM lain. Top-up sales adalah syarat belian tambahan yang perlu dilakukan oleh seseorang ahli MLM untuk melayakkan ia menerima bonus pada bulan berkenaan sekiranya ia tidak berjaya memenuhi syarat jualan kumpulan yang tertentu. Pada tarikh tertentu kebiasaannya diantara 11 -13 hb pada setiap bulan ahli-ahli akan dimaklumkan oleh pihak ibu pejabat sama ada jualan mereka pada bulan tersebut melepasi syarat kelayakan atau tidak. Sekiranya tidak layak, mereka perlu membuat belian tambahan pada hari itu juga berdasarkan jumlah yang ditetapkan.
Ini satu bentuk penindasan dan penganiayaan oleh pihak syarikat terhadap ahli-ahlinya. Akibat daripadanya menyebabkan ramai ahli yang terpaksa mengeluarkan duit simpanan sendiri atau terpaksa berhutang atau bergolok gadai untuk mencukupkan syarat jualan yang dikenakan. Semakin tinggi pangkat seseorang ahli semakin tinggi tekanan yang dikenakan. Ramai ahli MLM yang dikesan mengalami kerugian yang besar dan ada yang bankrup sama sekali.
- Tabung kereta
HPA tidak melaksanakan skim tabung kereta kerana ia juga merupakan satu bentuk penipuan dan penganiayaan terhadap ahli-ahlinya. Melalui skim ini pengedar dijanjikan kereta mewah sekiranya dapat mencapai pangkat dan syarat jualan tertentu. Ini merupakan satu helah yang tersembunyi untuk memerangkap ahli-ahlinya untuk terpaksa meneruskan bisnes walaupun mengalami kerugian yang banyak dan berterusan. Ahli-ahli dikenakan syarat jualan bulanan yang sangat tinggi untuk melayakkan bayaran bulanan kereta dibayar oleh pihak syarikat. Sekiranya tidak mereka terpaksa membayar ansuran bulanan itu sendiri.
Ini memberikan tekanan yang hebat kepada ahli MLM tersebut sehingga berlaku krisis ekonomi dan rumah tangga. Semuanya dilakukan oleh syarikat MLM tersebut secara halus untuk mengaut keuntungan yang besar.
- Tabung Perlindungan Takaful
bagi melidungi ahli-ahlinya daripada risiko ditimpa kemalangan, kecederaan atau kematian, HPA mewujudkan skim perlindungan Insuran berkelompok. Ahli-ahlinya tidak perlu membayar premium bulanan sebaliknya cukup dengan memenuhi syarat 200 NM setiap bulan. Lain –lain syarikat MLM biasanya tidak menyediakan insentif ini. Jika ada pun hanya di kalangan leader atasan sahaja.
Kesimpulannya berdasarkan fakta di atas dapat dikatakan bahawa HPA adalah satu-satunya syarikat MLM di Malaysia yang berusaha melaksanakan sistem MLM berpandukan prinsip Shariah. Hasil daripada perjuangan syarikat untuk mengeluar dan memasarkan produk halal melalui sistem MLM yang adil, syarikat HPA kini telah muncul sebagai syarikat MLM yang cemerlang dan melahirkan ramai usahawan yang berjaya. Ramai leader dari syarikat MLM lain yang telah berhijrah ke MLM HPA selepas tertarik dengan sistem dan kaedah shariah yang diguna pakai oleh syarikat HPA. HPA kini juga telah berjaya mengukuhkan kedudukan sebagai syarikat MLM shariah di bumi Indonesia.
Buat Ahli-Ahli Baru HPA
BAGAIMANA HENDAK BERMULA
Alangkah manisnya jika dapat berjaya seperti leader 2 yang lain dengan memperoleh pendapatan 5 angka sebulan, lebih2 lagi jika dapat menduduki barisan kepimpinan HPA sebagai PJS yang merupakan tonggak kepada perjuangan HPA dalam dunia keusahawan MLM (S).
Hakikatnya untuk menikmati kemanisan dalam hidup kepahitan itu tidak boleh ditolak. Kepahitan itu sendiri tidak boleh dianggap sesuatu yang menyiksakan seperti mana seorang pesakit perlu minum ubat rebusan yang pahit untuk menyembuhkan penyakitnya. pesakit itu sendiri harus ingat dan sedar bahawa selama ini penyakitnya merebak disebabkan sekian lama dia hanya mengambil benda2 yang manis sahaja.
Untuk menguatkan kembali tubuh badannya pesakit tidak boleh memaksa dirinya menelan penawar yang pahit tetapi kena mengubah 'mindset'nya bahawa kepahitan itu adalah penawar kepada dirinya, kepahitan itu adalah jalan menuju kebahagiaan, kepahitan itu adalah tanda keredhaan dan kepahitan itu adalah harus menjadi amalan kebiasaan.
Apabila kita mengambil penawar yang pahit, sebelum meneguknya katakan kepada diri kita, ' saya suka minuman ini kerana segala kelebihannya mengatasi sifat pahitnya, daripada saya minum air yang manis tetapi merosakkan lebih baik saya minum penawar yang pahit tetapi menyihatkan."
Jadi anda tidak memaksa diri anda menelan kepahitan tetapi anda kena melatih diri anda untuk membiasakan diri dengan kepahitan. lebih2 lagi jika anda dapat menukar kepahitan itu sebagai sebuah cabaran yang menyeronokkan (maaf kepada pembaca dari Indonesia- mungkin pada anda lebih tepat sebagai cabaran yang menghiburkan).
buat semua baca dan fahami dahulu muqaddimah saya ini sebelum kita pergi lebih jauh untuk mendaki ke puncak kegemilangan... Insya Allah..
Sumber - http://pjmmurad.blogspot.com
MLM (Syariah), sesuatu yang perlu anda tahu!
KONSEP DAN PRINSIP-PRINSIP MLM SYARIAH
MENGUASAI 3 FAKTOR KEKAYAAN
KEKAYAAN EKONOMI
KEKAYAAN INTELEKTUAL (ILMU DAN KEMAHIRAN)
KEKAYAAN SPIRITUAL (JIWA DAN ROHANI)
Prinsip umum Muamalat ISLAM
Prinsip kebenaran (betul menurut syara’)
Prinsip Amanah (akauntabiliti kepada Allah)
Prinsip Keikhlasan (niat kerana Allah)
Prinsip Keadilan (kena pada tempatnya)
Prinsip Persaudaraan (semua manusia bersaudara – damai dan harmoni)
Prinsip Pengetahuan (ilmu sebagai teras)
Kepentingan perniagaan
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah :198, bermaksud;
“Tidak ada dosa bagi kamu untuk mencari kurnia (rezeki hasil perniagaan) dari Tuhanmu.”
Hadis Rasulullah s.a.w. antaranya;
“Peniaga yang jujur dan beramanah akan ditempatkan bersama-sama para Nabi, orang-orang salih dan para syuhada.”
NIAT YANG TULUS (IKHLAS)
• MENCARI KEBAIKAN BUAT DIRINYA DENGAN MEMELIHARA DIRI DARI YANG HARAM SERTA MEMELIHARA DIRI DARI SIFAT SUKA MEMINTA-MINTA YANG TIDAK BAIK
• NIAT UNTUK MENGIKAT HUBUNGAN SILATURRAHMI ATAU PERSAUDARAAN
• MENCARI KEBAIKAN UNTUK ORANG LAIN SEPERTI MEMBANGUNKAN EKONOMI UMAT DI MASA SEKARANG DAN MASA DEPAN SERTA MEMBEBASKAN UMAT DARI BELENGGU EKONOMI UMAT LAIN
BUDI PEKERTI YANG LUHUR
• JUJUR
• AMANAH
• MENEPATI JANJI
• MENUNAIKAN HUTANG DAN MEMBAYAR HUTANG DENGAN BAIK
• MEMBERI KELONGGARAN KEPADA ORANG YANG KESULITAN MEMBAYAR HUTANGNYA, HINDARI SIKAP SUKA MENANGGUHKAN HUTANGNYA, MENJAUHI PENIPUAN, MANIPULASI DAN SEBAGAINYA
USAHA YANG HALAL
• BEKERJA DALAM HAL-HAL YANG BAIK
• BENCI KEPADA USAHA MENCARI SUMBER YANG HARAM (SKIM CEPAT KAYA, PIRAMID, BINARY DSBNYA
• BAGINYA TIDAK AKAN SAMA ANTARA YANG BAIK DENGAN YANG BURUK, MESKIPUN HAL YANG BURUK ITU KELIHATAN MENARIK HATINYA KERANA BESAR KEUNTUNGANNYA
• HANYA MELAKUKAN USAHA SEBATAS YANG DIBOLEHKAN OLEH ALLAH DAN RASUL-NYA
Tuesday, December 15, 2009
1st PBC (Program Bijak Cemerlang)
Hygiene - Wash Them First
The autopsy concluded she died of Leptospirosis.. This was traced to the can of coke she drank from, not using a glass. Tests showed that the can was infected by dried rat urine and hence the disease Leptospirosis. Rat urine contains toxic and deathly substances..... It is highly recommended to thoroughly wash the upper part of all soda cans before drinking out of them. The cans are typically stocked in warehouses and transported straight to the shops without being cleaned..
Mee Udang RADIX
Selepas sehari bermalam di kampung, lewat tengahari balik ke Kuala Lumpur,singgah sebentar ke Kuala Sepetang @ Port Weld yang terkenal dengan mee udangnya.
Mee Udang Kuala Sepetang terkenal sejak sebelum merdeka lagi.Apabila pihak krew Majalah 3 bertandang ke sana ia makin dikenali ramai, tambahan bila berlaku pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang, Perak...maka berduyun-duyunlah orangramai turun ke sana.Rezeki pengusaha-pengusaha mee udang.
Mee Udang RADIX (Spesial)...nak cuba?
Monday, December 14, 2009
Bina Rangkaian HPA Secara Percuma
daftar segera di http://hpa4online.com/?id=skamalidz
Salam Perkenalan
InsyaAllah, blog ini diwujudkan atas rasa kesedaran untuk berkongsi maklumat berhubung penglibatan beberapa individu-individu dalam usaha untuk mengembangkan jaringan "Produk Halal Tanggungjawab Bersama-HPA" di Negeri Adat Pepatih.
Semoga usaha ini akan beroleh kebajikan di sisi Allah SWT.
Seeru 'ala barokatillah.